Rabu, 29 Disember 2010

RANGKAP SEMBILAN...

Bak bulan diselubungi bintang,
Diantara mereka kau yang gemilang,
Malap-malap romantis pekertimu buatkan aku terbayang,
Kau yang ku kasih, kau yang ku sayang.

Selasa, 28 Disember 2010

RANGKAP LAPAN...

Umpama mentari di waktu pagi,
Terpancar sinar wajahmu berseri,
Cantik menarik, oh you're so pretty!
Ingin ku tatap berhari-hari.

RANGKAP TUJUH...

Cinta Hatiku,
Laksana penyapu menghiasi wajahku,
Darjat kerabat yang tinggi hanya sekadar mimpi lelapku,
Apatah lagi harta beratus ribu,
Cuma... hembusan cinta yang dapat ku beri untuk hadapi segala suka dan duka,
Ku percaya wujudmu mencetus harmoni di akhirat dan dunia.

Ahad, 26 Disember 2010

RANGKAP ENAM...

Bidadari Hatiku,
Ku langsungkan tinta ini sebagai tanda,
Bahawa suara hatiku yang sepi kini telah bergema,
Sejak hari pertama kita bersua mata,
Dengan kemurniaan hati budimu anugerah dari Yang Maha Esa,
Memercik api cinta yang melahirkan rasa ingin bersama.

Sabtu, 25 Disember 2010

RANGKAP LIMA...

Pendamai Hatiku,
Bukan ku cari cari rupa parasmu,
Bukan ku kikis harta pencarianmu,
Bukan ku puja darjat ketinggianmu,
Akan tetapi hadir dirimu bisa menggetarkan kalbu,
Oh bunga, apakah mungkin kau yang satu bagiku.
 

RANGKAP EMPAT...

Srikandi Hatiku,
Walau selang masa bertahun lamanya,
Walau terpisah beribu batu jauhnya,
Ku tetap berdiri penuh setia,
Menagih kasihmu beralaskan doa dari-Nya.

Sabtu, 11 Disember 2010

RANGKAP TIGA...

Penggawa Cintaku,
Walau ku telah jatuh hati tatkala di usia yang muda,
Keutuhan diri bergema bahawasanya ini bukan cinta biasa,
Juga ku tahu pertemuan kita cuma seketika,
Dan terasa kecilnya diri bak kemuncup dibalik bunga sakura,
Namun janganlah kau sangsi pada niatku yang mulia,
Cinta Rumie & Julie, kita kecapi bersama.

Jumaat, 10 Disember 2010

RANGKAP DUA...

Perawan Hatiku,
Ku langsungkan doa ku panjangkan hajat,
Agar kasihku padamu dicurahi berkat dilimpahi rahmat,
Dan takkan luntur ditempuh dunia nan gamat,
Moga dibukakan kepada kau dan aku pintu taubat,
Demi mencapai satu matlamat,
Aman berbahagia hayat dan akhirat.

Isnin, 6 Disember 2010

RANGKAP SATU...

Srikandi Cintaku,
Resah gelisah melanda jiwa,
Terdetik kau kan pergi tanpa sempat ku mencurahkan cinta,
Atau kau bersama seseorang dan pergi selamanya,
Cukup kuat Tuhan menduga,
Namun ku tahu ini tanda rindu ku membara,
Takkan terpadam dimamah usia.