Selasa, 18 Januari 2011

RANGKAP SEBELAS...

Ya Allah Ya Tuhanku, disini aku memohon,
Engkau yang Berkuasa lagi Maha Mengampun,
Jadikanlah diri kecil ini seorang insan yang tekun,
Tekun meneroka ilmu lantas membina jati diri yang tersusun,
Jua tanamkanlah kesetiaan pada cinta yang tersergam bertahun-tahun,
Cinta pada-Mu dan si dia yang manis bak Almond London,
Moga kami dilimpahi rezeki untuk ber'honey moon'.

Isnin, 17 Januari 2011

RANGKAP SEPULUH...

Terasa bagai butiran pasir di pantai,
Dalam ramai adakah aku yang pertama dalam pandangan,
Ku sedar pentas diriku tak se-gah putera kayangan,
Yang mampu merealisasikan impian setiap perempuan,
Namun dengan ketulusan hati ini ku ingin sekali membawa kau terbang bersama meneroka cinta dalam keindahan awanan,
Menempuh dugaan, melakar keintiman.