Isnin, 11 April 2011

RANGKAP DUA PULUH...

Permaisuri hatiku,
Adakah kau akan hadir untuk menyahut jiwa yang lesu ini,
Adakah kau dapat merasai kewujudan perasaan kudus ini,
Lantaran aku ini ini tidak pandai menunjukkan perasaan ku padamu,
Walau hatiku amat berdebar dan kakiku goyah tatkala melihat dirimu.

Jumaat, 18 Mac 2011

RANGKAP SEMBILAN BELAS...

Perawan sanubariku,
Tidak mampu ku sampaikan bicara hati ini,
Lantaran hinanya diri, rendahnya pekerti,
Meskipun cinta dan perhatian daripadamu ku dambakan,
Terasa betapa kerdilnya diri ini,
Terasa tidak layaknya untuk memiliki hatimu yang suci.

Jumaat, 11 Mac 2011

RANGKAP LAPAN BELAS...

Andainya dirimu sudi menerima ku,
Kan ku mahkotakan mu ratu dihati ku,
Andai terbitnya sinar bahagia,
Kan ku gapai dan utuskan bintang berjuta,
Andai terpatri cinta suci,
Kan ku abadikan hingga ke akhir nafasku ini,
Andai jodoh ku bersamamu suatu yang pasti,
Kan ku memayungi dengan kasih sejati,
Andai kau pergi tak kembali,
Kan ku berlari mencari hingga tersungkur mati...

Sabtu, 5 Mac 2011

RANGKAP TUJUH BELAS...

Penggawa kalbuku,
Sedari awal kulihat dirimu insan mulia,
Terlalu baik buat buat diriku yang hina,
Tapi diri ini menyintai kebaikan dan keindahan akhlakmu,
Lantas padamu ku letakkan harapan,
Adakah kau tahu, adakah merasai, insan daif ini menangis dalam kerinduan dan penuh pengharapan.

Selasa, 1 Mac 2011

RANGKAP ENAM BELAS...

Mutiara Cintaku,
Padamu terhimpun pekerti tinggi,
Padamu tergambar kelembutan dan kebijaksanaan hakiki,
Senyumanmu manis menenangkan hati,
Bicara lembut menawan hati,
Hatiku yang satu, hanya untukmu abadi.

Ahad, 27 Februari 2011

RANGKAP LIMA BELAS...

Dalam diam aku kelam,
Dalam diam aku rindu,
Dalam diam aku mahu,
Dalam diam aku pendam,
Dalam diam aku tunggu,
Dalam diam aku malu...

Sabtu, 26 Februari 2011

RANGKAP EMPAT BELAS...

Wahai Juwita,
Adakah kau tahu betapa pedihnya menahan rindu,
Rindu yang hadir pada mu yang satu,
Selera ku lenyap, lena ku lesu, lidah ku kelu,
Memikirkan rasa cinta yang apa mungkin akan berputik lalu menyatu,
Ingin sekali rasa di hati untuk menyelam, meneroka, lantas menakluki persada jiwa mu, apatah lagi memiliki kesetiaan mu,
Ada kalanya pesimis menggetar dan menduga kesanggupan untuk melafazkan kata-kata cinta bagi mu,
Dengar lah rayuan hamba-Mu wahai Tuhan ku,
Tetapkan lah keteguhan dan keutuhan untuk ku mencuba meraih cinta duniawi pada si dia yang satu.

Isnin, 21 Februari 2011

RANGKAP TIGA BELAS...


Permata hatiku,
Tiada siapa yang tahu,
Bahawa kasih ini ku tujukan padamu,
Meskipun kurasakan mustahil untuk ku gapai,
Tetapi ku tahu Allah Maha Mengetahui hasrat hatiku.

Selasa, 15 Februari 2011

RANGKAP DUA BELAS...

Dia lah satu-satunya insan yang tak bisa lekang di pandangan,
Dia lah yang telah memutikkan cinta tanpa paksaan,
Dia lah yang telah mencairkan ku dengan hanya sebentuk senyuman,
Dia lah yang membuai ku leka seketika dihanyut angan-angan,
Dia lah wanita berperwatakan suci lantaran keutuhan iman,
Dia lah yang menggetarkan jiwa tatkala ketemuan,
Dia lah bunga yang subur nan mekar di taman,
Dia lah gadis idaman anugerah Tuhan,
Dia lah...

Selasa, 18 Januari 2011

RANGKAP SEBELAS...

Ya Allah Ya Tuhanku, disini aku memohon,
Engkau yang Berkuasa lagi Maha Mengampun,
Jadikanlah diri kecil ini seorang insan yang tekun,
Tekun meneroka ilmu lantas membina jati diri yang tersusun,
Jua tanamkanlah kesetiaan pada cinta yang tersergam bertahun-tahun,
Cinta pada-Mu dan si dia yang manis bak Almond London,
Moga kami dilimpahi rezeki untuk ber'honey moon'.

Isnin, 17 Januari 2011

RANGKAP SEPULUH...

Terasa bagai butiran pasir di pantai,
Dalam ramai adakah aku yang pertama dalam pandangan,
Ku sedar pentas diriku tak se-gah putera kayangan,
Yang mampu merealisasikan impian setiap perempuan,
Namun dengan ketulusan hati ini ku ingin sekali membawa kau terbang bersama meneroka cinta dalam keindahan awanan,
Menempuh dugaan, melakar keintiman.